Sumber Info : Google
Seronok sebenarnya bila tengok orang melayu berniaga..pada kawan-kawan
yang baru nak memulakan perniaggaan kecil-kecilan, disini SD ingin
berkongsi panduan untuk meletakan harga pada hasil kerja kita..tambahan
raya dah tak lama lagi..pasti ramai yang tengah sibuk nak cari
resepi-resepi yang best the best untuk dijadikan sumber pendapatan
tambahan..jadi panduan ini mungkin boleh membantu .. ; -)
SEBELUM MELETAK HARGA
1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena
ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega,
kekacang akan naik sedikit).
2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias
kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk
memajukan apa yang anda lakukan.
3. Tanyalah kawan-kawan yang sudah ada pengalaman bila anda rasa curiga berapa harga
yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.
*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik
pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada
pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A
ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?" Pelanggan bila
merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang
mereka harapkan akan dapat membelinya.
FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT
1. Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat resipi tersebut. Sebagai contoh SD
lampirkan list yang telah digunakan untuk resipi Carrot Cake.2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.
Harga barang yang diperlukan
Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM35.00
2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 -
1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda
mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini SD menggunakan 1.3.
Formula
RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang
Diambil)
RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10
(+-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot
Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya
adalah = RM10
Ratio yang SD berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak
mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada
musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise
ratio kepada 2.0 - 2.2. Jangan terlalu letak harga yang terlalu
tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat
dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari
Allah swt akan dapat pada semua.
MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT
YANG DIHASILKAN
1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh
gunakan cara berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga
Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall
tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika
Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah
untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada
apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih
ini.
2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal
sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order
buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda
katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak
tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat
sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat
kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan,
berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap
gambar tersebut dan tunjukkan kepada prospective pelanggan.
4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk
merasa.
5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari
segi presentation dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut
atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau
dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.
Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh
tak saya minta resipinya. Berikanlah resipi tersebut lagipun resipi
itu dikongsi di Cari.com & Resipi.Net ini dengan ikhlas dari
semua.
Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu
resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana
tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan
mendoakan semoga perniagaan anda lagi bertambah. Kita tidak tahu
tapi Allah maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment