Sumber Info dari : My Yummy Deligt
1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara
memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang
digunakan.
2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.
3.
Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang
tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".
4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.
5.
Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek
ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh
dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa
membancuh.
6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang
mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan
majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.
7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.
8.
Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang.
Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.
9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.
10.
Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam
resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat
kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.
11. Ketuhar (oven)
hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke
suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.
12.
Untuk membakar kek jenis ringan saperti kek span dan kek chiffon,
gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celsius dan masa membakar antara 20
hingga 30 minit. Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum
dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek. Jika
teksturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dari
ketuhar dan terbalikkan acuan kek diatas redai kuih tanpa mengeluarkan
kek sehingga ia sejuk. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit,
pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya
dengan pisau
13. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah
dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celsius kemudian turunkan
kepada 150 atau 160 darjah Celsius setelah kek berada dalam ketuhar
selama 15 hingga 20 minit. Untuk memastikan kek itu masak, cucuk dengan
lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila
ditarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam
ketuhar untuk beberapa minit lagi.
14. Setelah memasukkan kek ke
dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek
mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek
span 45 minit sahaja.
15. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.
16.
Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan
ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit
bergantung kepada jenis ketuhar.
17. Jangan buka pintu ketuhar 30
minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan
kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan
kek.
18. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.
19. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan.
20.
Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan
dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas
bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek biasa tahan satu minggu
sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.
No comments:
Post a Comment