All Purpose Flour (Tepung
Gandum Serbaguna) -
Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakan
seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.
Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau
susu.Ia berbentuk cecair.
Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar
menggunakan haba kering.
Baking Powder (Serbuk
Penaik) - agen penaik
yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action
baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya
naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.
Baking Soda (Soda
Bikarbonat) - adalah
sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid
seperti kek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Ia
menutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.
Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan
satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam
ketuhar. Dengan cara ini,kek masak
perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek
keju.
Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti
tahan lama,lembut dan sedap.
Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih
kelembutan pada kek. Untuk
roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.
Buttercream (Krim Mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul
bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia
digunakan untuk menyalut kek.
Buttermilk (Susu Masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan. Buttermilk
dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus
lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.
Chemical Leavening (Bahan
Penaik Kimia) - digunakan
dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik
dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan
serbuk krim tartar.
Cream of Tartar (Serbuk Krim
Tartar) - garam dari asid
tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul dan
juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.
Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis dan bermutu
tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.
Cooking Chocolate
(Coklat Masakan) -
Coklat jenis ini sering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu
bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.
Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan
kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat
dari kek span, kek mentega atau muffin.
Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga
menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kek mentega.
Confectioners Sugar (Gula
Aising) - gula paling halus
seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim
mentega dan lain-lain jenis aising.
Chiffon Method (Kaedah
Sifon) - Kaedah membuat
kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian
disatukan dengan bahan-bahan lain.
Coco Butter (Mentega Koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat
semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.
Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim
keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di
dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi
coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.
Decorating Tips - Sejenis alat seperti acuan untuk
menghias kek. Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan
krim mentega. Picit mengikut bentuk disukai.
Emplex - Bahan perangup biskut yang berbentuk
serbuk putih. Dijual di
kebanyakan kedai bahan kek.
Egg Wash @Glaze - Telur yang dicampur sedikit susu atau
air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan
dan berkilat.
Fondant (Fondan) - Doh lembut yang diperbuat dari gula
aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek
perkahwinan atau pertunangan.
Fermentation (Fermentasi) - Tempoh masa diberikan kepada adunan
beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim
yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbon dioksida dan menghasilkan
buih-buih udara yang menyebabkan doh mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan
untuk membuat roti atau pau.
Gluten (Glutin) - Protin yang terkandung dalam tepung
gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi
struktur kenyal dan elastik.
Glucose Syrup (Sirap Glukos) - Sejenis gula komersil yang berupa
seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai
untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.
Gelatin (Gelatin) - Adalah sejenis bahan pemekat dan
pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin
halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan. Berupa seperti serbuk gula
tetapi berwarna sedikit perang.
Genoise Cake (Kek Genoise) - Kek ringan dan lembut diperbuat dari
tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini
popular di Amerika dan Eropah.
Ganache - Salutan kek yang diperbuat dari coklat.
Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan
yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian
bolehlah tuang atas kek.
Glyserin (Gliserin) - Sejenis cairan jernih seperti sirap
yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan
kelembapan pada kek ataupun fondant.
Golden Syrup (Sirap Emas) - bahan sampingan dari proses penapisan
gula. Ia berwarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.
Mousse - Inti atau filling yang diletakkan
diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan
buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu
disejukkan.
Marzipan - Pes yang diperbuat dari serbuk badam,
gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi
buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek. Juga boleh digunakan untuk
membalut kek.
Piping Jelly (Jelli Hiasan) - Sejenis gel manis yang lutsinar dan
boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.
Piping Bag - Beg berbentuk segi tiga daripada
plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.
Petits Fours - Makanan manis yang kecil-kecil, cantik
dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.
Preheat - Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada
suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.
Royal Icing (Aising Royal) - Aising yang diperbuat dari putih
telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh
diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek
fondan.
Room Temperature (Suhu Bilik) - Suhu kebiasaan bagi dapur.
Stabilizer (penstabil) - Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam
adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette
adalah contoh penstabil.
Super Sponge - Bahan emulsi dan penstabil yang
digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama
lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini
dalam bentuk pes bewarna oren.
Sugar Paste (Pes Gula) - Bahan yang diperbuat dari gula
aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh
dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai
untuk hiasan atas kek fondan. Nama lain ialah gum paste atau pastillage.
Shortening - Sejenis lemak putih yang terhasil dari
pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan
pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.
Self-raising Flour (Tepung
Naik Sendiri) - Tepung
gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk
penaik lagi.
Springform Pan - Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh
dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana
mudah dikeluarkan.
Whipping Cream (Krim Putar) - Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada
bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih
sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai
dicampurkan dalam masakan.
Turntable (Meja Berputar) - Sejenis alat berbentuk bulat dan
berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat
ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan
kerja menghias kek.
Tempering - Proses mencair dan menyejukkan
coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat
produk dari coklat.
Yeast (Yis) - Sejenis organisma hidup dalam
keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di
pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses
yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam
pembuatan roti, pau dan kuih-muih.
No comments:
Post a Comment