Tuesday, August 20, 2013

buat sendiri tepung kek dan tepung naik sendiri



Tepung Naik Sendiri 

500gm tepung gandum
7  sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ku...bolah simpan dalam bekas bertutup dan bila nak  nak guna bolehlah guna tanpa was-was....

Dan ada juga resepi dia kata bahannya tepung kek...ramai yang tersilap guna tepung naik sendiri pulak...tepung kek dengan tepung naik sendiri berbeza...dan kita boleh buat sendiri tepung kek ini...caranya



 Tepung Kek

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek...kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu....

BAHAN-BAHAN ASAS MEMBUAT KEK DAN ROTI

Flours


Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.







Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...

 


Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.
-Cara membuat sendiri tepung kek :-
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
 Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek






High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.





Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.
- cara membuat sendiri tepung naik sendiri :-
  500gm tepung gandum
  7 sudu teh baking powder
 1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ..disimpan dalam bekas bertutup dan boleh diguna pada bila-bila masa





Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.





Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.





Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.



\


Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.




Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.





Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.






Gred A, double AA  eggs VS  gred C, B eggs





Secara amnya, telur adalah salah satu bahan terpenting bila kita hendak membuat kuih, roti, pastri & kek khasnya. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan2 dalam adunan & melembabkan teksturnya. Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain. 

Jumlah isipadu kandungan telur juga lebih banyak & menepati kuantiti yang diperlukan dalam resepi kerana jumlah udara dalam telur gred A & double AA kurang berbanding menggunakan telur gred C & B. Jika hendak di terangkan lebih ringkas lagi, sebenarnya telur gred A & double AA mempunyai kuning telur yang lebih besar & kandungan putih telur yang lebih banyak, sesuai untuk membuat meringue, sponge cake & etc....

Tahukan anda telur yang telah lama atau matang (asalkan tidak melebihi tarikh luput) lebih sesuai digunakan untuk membuat kek kerana proteinnya lebih relax. Lebih mudah untuk putih telurnya kembang & bertanduk bila dipukul.








Baking powder  VS  baking soda



Baking powder
- Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid cream of tartar dalam kandungannya. Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan & mengembangkan adunan semasa dibakar. Biasa di gunakan untuk membuat pancake, kek & muffin.





Baking soda (soda bicarbonate)
- Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat. Juga bertindak membebaskan gas karbon dioksida semasa proses pembakaran. Bezanya dengan baking powder ialah, soda bertindak merata & menyebarkan adunan, sementara baking powder bertindak menaikkan. Ada sesetengah resepi yang memerlukan penggunaan kedua2 agen penaik ini untuk mendapatkan tekstur kek yang tinggi & rata.


Unsalted butter  VS  salted butter





Unsalted butter
- Merupakan mentega tanpa garam. Kelebihan menggunakan mentega tanpa garam ialah ianya lebih tahan lama & mudah untuk mengawal kuantiti garam yang digunakan dalam resepi. 




Salted butter
- Merupakan mentega bergaram. Jangka hayatnya lebih pendek jika dibandingkan dengan mentega tanpa garam. Namun harganya lebih murah & di gunakan meluas. Sukar untuk menentukan perbezaan dari segi rasa dengan mentega tanpa garam apabila hasilnya siap.


Caster sugar  VS  icing sugar




Caster sugar
- Gula kastor mempunyai tekstur yang lebih halus daripada gula pasir & lebih kasar sedikit daripada gula aising. Gula kastor biasa di gunakan dalam membuat pastri, kek & kuih muih kerana teksturnya yang mudah sebati dengan bahan2 yang lain. Jika menggunakan gula kastor untuk membuat pastri seperti tart, hasilnya tart akan menjadi lebih ranggup berbanding menggunakan gula aising.





Icing sugar
- Merupakan gula yang dikisar halus menjadi serbuk. Sesuai untuk di gunakan membuat meringue, krim & untuk di tabur atas kek, donut & macam2 lagi. 


Powdered  VS  Liquid food colouring





Powdered food colouring
- Merupakan pewarna makanan dalam bentuk serbuk. Warna yang di hasilkan agak terang. Perlu memastikan warna digaul rata dalam adunan untuk mengelakkan ada warna yang tidak tergaul bersama. Biasanya di gunakan untuk mewarnakan krim.





Liquid food colouring
- Merupakan pewarna makanan berbentuk cecair. Mudah untuk digunakan & digaul bersama adunan. Menghasilkan warna yang terang & cantik. Biasa digunakan dalam adunan kek serta kuih muih.


Butter  VS  margerin





Butter
- Dikenali sebagai mentega & merupakan bahan tenusu. Diperbuat daripada susu lembu yang di tapai. Rasanya lemak & berkrim. Biasa di gunakan dalam pembuatan kek, roti, kuih & masakan, juga sebagai sapuan. Namun, mentega mudah cair & tidak tahan panas. Mesti di simpan dalam peti sejuk agar kesegarannya terpelihara.





Margarine
- Dikenali sebagai marjerin & kandungannya merupakan lemak sayuran & air yang di emulsi. Tahan lama & boleh di simpan pada suhu bilik. Boleh digunakan sebagai penganti mentega namun hasilnya ada perbezaan dari segi rasa.


Sour cream  VS  yogurt





Sour cream
- Di kenali sebagai krim masam. Merupakan sumber tenusu yang mengandungi susu & krim, dibuat melalui proses penapaian menggunakan lactic acid bacteria. Mesti di simpan dalam suhu yang sejuk. Rasanya masam & pekat. Biasa digunakan untuk salad dressing, baked potato topping, scone, donut & cheesecake.





Yogurt
- Sama seperti sour cream, yogurt juga dihasilkan melalui proses penapaian & penambahan bakteria dalam kandungannya. Rasanya juga masam tetapi agak ringan sedikit berbanding sour cream. Fungsi yogurt dalam pembuatan kek adalah untuk menambahkan rasa krim & juga melembutkan. Juga bertindak sebagai bahan pengganti untuk sour cream, shortening & minyak. Kaya dengan ptotein & kalsium.


Whipping cream  VS  fresh cream 





Whipping cream
- Merupakan produk tenusu (UHT) yang tidak mengandungi gula & berasa tawar. Teksturnya tidak stabil bila dipukul. Mesti di simpan dalam peti sejuk namun tidak boleh di bekukan. Tahan 1 minggu selepas dibuka. Biasa digunakan untuk membuat cheesecake, mousse & tiramnisu.





Fresh cream (whip topping cream)
- Fresh cream lebih pekat & rasanya manis berbanding whipping cream. Bila dipukul teksturnya lebih stabil & mudah kembang. Simpan di dalam freezer (dibekukan). Tahan lebih lama selepas dibuka. Biasa di gunakan sebagai topping cake, filling & ganache.


Full cream  VS  low fat milk




Full cream milk
- Susu penuh krim mempunyai segala khasiat & lemak yang diperlukan. Juga sesuai & dicadangkan penggunaannya dalam membuat kek untuk rasa yang lebih berkrim & tekstur. 




Low fat milk
- Merupakan susu rendah lemak yang telah dibuang kebanyakan khasiat & lemaknya. Kurang sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek & kuih muih kerana hasilnya yang kurang berkrim jika dibandingkan dengan susu penuh krim.


Chocolate chip  VS  chocolate bar




Chocolate chip
- Merupakan kepingan kecil coklat yang dijual dalam bermacam2 saiz, warna & perisa. Biasa digunakan dalam adunan biskut cip coklat, muffin, cupcake, cake & macam2 lagi. Juga mudah dicairkan untuk membuat topping & ganache kerana saiznya yang lebih kecil.





Chocolate bar
- Seperti coklat cip, juga diperbuat daripada komponen koko asli, lemak koko, susu & gula.  Selalunya didapati sebagai dark chocolate, milk chocolate & white chocolate. Saiznya lebih besar & berat. Untuk membuat ganache atau topping, perlu di potong kecil2 terlebih dahulu supaya lebih mudah cair.

JOM BUAT SENDIRI BAHAN2 ASAS UNTUK MEMBUAT KEK & ROTI


Assalam & selamat malam semua...

Untuk entri hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang cara2 untuk membuat beberapa bahan2 asas dalam membaking.

Kadang2 ada sesetengah bahan yang kita terlupa beli atau sediakan semasa membaking kan?? hah maka perlu juga untuk kita belajar membuat 'subtitute' atau bahan ganti bagi sesetengah bahan tersebut kan, di harap sedikit sebanyak tips ini dapat membantu kawan2 semua ya ;)

Gambar yang di gunakan dalam post ini saya pinjam dari Mr. google. Tips pula saya pelajari daripada buku masakan & lain2 sumber.



Superfine flour (tepung kek)

 




Bahan2nya: 
1 cawan tepung gandum 
2 sb tepung jagung

Cara2nya:
1. Dalam mangkuk, masukkan 1 cawan tepung gandum yang telah di sukat tadi. Keluarkan 2 sb tepung gandum daripada sukatan itu.

2. Kemudian, masukkan pula 2 sb tepung jagung kedalam mangkuk tadi & gaul rata. 

3. Ayakkan campuran tepung gandum bersama tepung jagung sebanyak 5 - 6 kali. Sedia untuk di gunakan.

Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung kek ( superfine flour)


All purpose flour (tepung serbaguna)




Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kek (superfine)

Cara2 membuatnya:
1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.

2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.


Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung serbaguna ( all purpose flour)


Self raising flour (tepung naik sendiri)






Bahan2nya:
1 cawan tepung serba guna / gandum
1  1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Ayakkan campuran tepung beberapa kali. Simpan dalam bekas kedap udara.
Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung naik sendiri ( self raising flour)


Sour cream (krim masam)



Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream 
3/4 sk white vinegar / cuka makan

Cara2nya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.

2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.

3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.

4. Simpan dalam peti sejuk.



Buttermilk (susu masam)



Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair

2 sb white vinegar / cuka makan

Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.

2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.

Tips# Untuk langkah berserta gambar boleh rujuk di sini.


Brown sugar (gula perang)



Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses

Cara2nya:
1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses. 

2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, July 5, 2013

SENARAI RAKAN NIAGA KRUNCHY KARAMEL ALMOND







Kami menjual :-

1. Krunchy Karamel Almond (RM23/200gram)
2. Popia Mini Horlick (RM8/250gram @ RM15/500gram)

untuk membeli secara /borong atau menjadi rakan niaga kami, boleh hubungi saya 013-5079849/013-452 3646 zamraini
bagi yang ingin menjadi agen/dropship kami dialu-alukan.

Wednesday, June 19, 2013

Khasiat 3 Bahan Utama dalam Florentine Almond Flake / Krunchy Karamel Almond



Khasiat Badam
rendah lemak tepu mengandungi zat-zat seperti kalsium danmagnesium yang amat baik untuk pembentukan tulang yang kuat.
 satu auns atau 20hingga 25 biji badam mengandungi kalsium sama banyak dengan ½ cawan susu. Zatini amat penting dalam mencegah osteoporosis.
Kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkanrisiko kanser kolon dan tektum.
Serat yang terdapat dalam badam juga dikatakan mampumembantu melindungi diri daripada kanser kolon.
Lain-Lain Manfaat Badam:-
Cegah osteoporosis
Mengurangkan paras kolesterol,merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
Kurangkan risiko kanser serviks
Badam menghalang obesity
Cepatkan tahap intelektual
Meredakan diabetes
Membantu menghalang batu karang
Mengurangkan risiko berbagaipenyakit


Khasiat Bijan
Khasiat yang diberikan olehbijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikankepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijandikatakan kaya dengan besi, mangan, fosforus, protein, vitamin A, vitamin E,vitamin B1, serat, asid phytic dan mengandungi 55% minyak yang amat populardalam masakan Cina. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamindan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewayang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkankolesterol kepada manusia dn untuk mencegah tekanan darah tinggi danmeningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.

Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripadakerosakan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6 dan asidlemak mono tidak tepu yang berupaya mencegah pembentukan selaput pada arteridan menganjalkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.
Baik untuk kesihatan rambut,Mantapkan payudara, Penjulap dan Membantu pencernaan

 Khasiat Kuaci

(kuaci)merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bungamatahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiaphari
Kelebihan vitamin E :
Antioksidan
Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
Memelihara pembekuan darah yang normal
Mengurang kanparut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
Mengurang kantekanan darah
Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
Meningkatkan pengeluaran air mani
Menguatkan dinding kapilari
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mencegah anemia
Mencegah“retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh Menjangkiti bayipramatang
Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.


BERMINAT UNTUK DAPATKAN SNEK YANG RANGUP DAN BERKHASIAT INI BOLEH HUBUNGI :- ZAMRAINI TEL : 013-507 9849 (RM23/200gram)

Friday, June 14, 2013

BISKUT RAYA 2013 FOR SALES





BERMINAT BOLEH HUBUNGI : 
TEL: 013-5079849 / EMAIL : z_rainiey2004@yahoo.com

POPIA HORLICK / POPIA SNOWY





POPIA SNOWY / POPIA HORLICK
RM8/250gram
RM15/500gram

(Hasil ramuan Horlick/Nestum/Kacang/Gula)

BERMINAT BOLEH HUBUNGI :

TEL: 013-5079849/EMAIL : z_rainiey2004@yahoo.com

Monday, June 10, 2013

FLORENTINE ALMOND FLAKE / CRUNCHY CARAMEL ALMOND FOR SALES







 (RM25/200gram) excl. postage

Nikmati kerangupan setiap kepingan yang berkhasiat dan sangat-sangat sedap.
Berminat boleh hubungi :- ZAMRAINI Tel. No: 013-5079849/013-4523646.
 
Almond crunchy dibuat dari bijian yang berkhasiat
seperti almond,pumpkin seeds,white/black sesame seeds.
 
*kebaikan almonds:
protien,kabohidrat,vitamin B yang tinggi.baik untuk kanak2.
membantu pembesaran minda,membina tulang dan gigi.
menyihatkan jantung orang dewasa dan sesuai untuk ibu hamil.
 

*white/black sesame seeds:
kaya dengan kalsium,magnesium,copper,zat besi,zinc,
vitamins dan fiber.memberi kebaikan kepada tubuh terutama buah pinggang,limfa,usus dan hati.

*pumpkin seeds:
protien,magnesium,omega 3,zinc dan zat besi yang tinggi.
menghilangkan stress,membantu tidur yang lena dan mengekalkan ph badan.