Pages

Tuesday, August 20, 2013

JOM BUAT SENDIRI BAHAN2 ASAS UNTUK MEMBUAT KEK & ROTI


Assalam & selamat malam semua...

Untuk entri hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang cara2 untuk membuat beberapa bahan2 asas dalam membaking.

Kadang2 ada sesetengah bahan yang kita terlupa beli atau sediakan semasa membaking kan?? hah maka perlu juga untuk kita belajar membuat 'subtitute' atau bahan ganti bagi sesetengah bahan tersebut kan, di harap sedikit sebanyak tips ini dapat membantu kawan2 semua ya ;)

Gambar yang di gunakan dalam post ini saya pinjam dari Mr. google. Tips pula saya pelajari daripada buku masakan & lain2 sumber.



Superfine flour (tepung kek)

 




Bahan2nya: 
1 cawan tepung gandum 
2 sb tepung jagung

Cara2nya:
1. Dalam mangkuk, masukkan 1 cawan tepung gandum yang telah di sukat tadi. Keluarkan 2 sb tepung gandum daripada sukatan itu.

2. Kemudian, masukkan pula 2 sb tepung jagung kedalam mangkuk tadi & gaul rata. 

3. Ayakkan campuran tepung gandum bersama tepung jagung sebanyak 5 - 6 kali. Sedia untuk di gunakan.

Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung kek ( superfine flour)


All purpose flour (tepung serbaguna)




Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kek (superfine)

Cara2 membuatnya:
1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.

2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.


Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung serbaguna ( all purpose flour)


Self raising flour (tepung naik sendiri)






Bahan2nya:
1 cawan tepung serba guna / gandum
1  1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Ayakkan campuran tepung beberapa kali. Simpan dalam bekas kedap udara.
Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung naik sendiri ( self raising flour)


Sour cream (krim masam)



Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream 
3/4 sk white vinegar / cuka makan

Cara2nya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.

2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.

3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.

4. Simpan dalam peti sejuk.



Buttermilk (susu masam)



Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair

2 sb white vinegar / cuka makan

Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.

2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.

Tips# Untuk langkah berserta gambar boleh rujuk di sini.


Brown sugar (gula perang)



Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses

Cara2nya:
1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses. 

2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment